Misi Ke-10 Bantuan Pasca Banjir Di Chenor

20 Januari 2021 (CHENOR) - Sukarelawan KUIPSAS meneruskan Misi Bantuan Pasca Banjir ke-10 dengan membersihkan rumah Bilal Masjid KUIPSAS di Kampung Sekara, Chenor. Seramai 21 orang sukarelawan digerakkan ke lokasi yang terletak berdekatan dengan tebing Sungai Pahang.
Misi ke-10 ini agak mencabar kerana lokasi diselaputi lumpur tebal disebabkan air Sungai Pahang yang melimpah masuk ke kawasan rumah. Namun, berkat kerjasama semua sukarelawan, misi bantuan dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Sukarelawan KUIPSAS turut mendapat perhatian YB. Ustaz Mujibur Rahman bin Ishak, ADUN Chenor yang sedang menziarahi penduduk-penduduk terjejas banjir di Kampung Sekara, Chenor.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok