Pensijilan ISO KUIPSAS Dinaiktaraf

14 September 2018 (KUANTAN) - Pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja KUIPSAS melafazkan kesyukuran kerana sesi audit bersama Auditor SIRIM telah berjalan dengan lancar. Sesi audit selama 3 hari tersebut bertujuan untuk menyemak secara terperinci pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti KUIPSAS.

   

Auditor SIRIM terdiri daripada Pn. Nor Hasifah Abdul (Ketua Auditor), Cik Hajah Hanida Ghazali dan Dr. Mohd Shahril Ahmad Ramizi. Sepanjang sesi audit dilaksanakan, tiada Laporan Ketidakpatuhan (NCR) dilaporkan oleh auditor dan beberapa Peluang Penambahbaikan (OFI) dibentangkan dalam Mesyuarat Penutupan Audit.

Dengan ini, Auditor SIRIM telah membuat rekomendasi supaya Pensijilan MS1900:2014 disambung dan Pensijilan ISO dinaiktaraf kepada versi terbaharu iaitu ISO9001:2015.

   

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok