Pensyarah Bentang Hasil Kajian Dalam Wacana Intelektual

2 Disember 2020 (KUANTAN) – Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi (FOLAFS) hari ini menganjurkan program Wacana Intelektual bertempat di Auditorium KUIPSAS bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program yang dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jelani Bin Sulaiman, Dekan FOLAFS ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pensyarah-pensyarah KUIPSAS membentangkan hasil dapatan dalam kajian yang telah dijalankan pada peringkat pengajian PhD dan Sarjana.
Seramai lima orang pensyarah berkelulusan PhD telah berkongsi ilmu baharu dalam pelbagai bidang penyelidikan yang telah dijalankan. Di samping itu, empat orang pensyarah KUIPSAS yang sedang menyambung pengajian pada peringkat PhD turut membentangkan perkembangan penyelidikan mereka.
YBrs. Dr. Fahmi Zaidi Bin Abdul Razak daripada Bahagian Penyelidikan dan Inovasi KUIPSAS dijemput selaku Panel Jemputan untuk memberikan komentar bagi tujuan penambahbaikan.
Program ini diakhiri dengan pembentangan dua orang pensyarah yang telah menamatkan pengajian mereka pada peringkat Sarjana.
Majlis Penutupan dirasmikan oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof Madya Dr Mohd Zawavi Bin Hj Zainal Abidin.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok