Program Kepimpinan Pelapis Negeri Pahang Modul Critical Thinking

KUALA LUMPUR - 11 JANUARI 2024, Pada 9 hingga 11 Januari untuk fasa 1 dan 23 hingga 24 Januari 2024 untuk fasa 2 telah berlangsungnya Program Latihan Kepimpinan Kanan PELAPIS Negeri Pahang yang anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Pusat Penjanaan Hasil, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Program yang diadakan di Tamu Hotel And Suites, Kuala Lumpur ini dihadiri oleh barisan-barisan pegawai kanan dan majlis tertinggi kerajaan seramai 40 orang.

Modul Critical Thinking ini mendedahkan para peserta mengenai topik - topik berkaitan Introduction To Thinking, Thinking Styles And Tools, Creativity, Critical Thinking dan akhir sekali Proble Solving.

Barisan panel terdiri daripada individu-individu yang pakar dalam bidang masing-masing antaranyaProf. Dr. Jelani Sulaiman selaku Dekan Fakulti Pengajian Bahasa dan Asasi UNIPSAS, YBhg Datuk Dr. Mohd Yusoff Sulaiman selaku Presiden Malaysia Rail Industry Corporation, Encik Mohd Faroq Ibrahim selaku Chief Operating Officer Widad University College, Encik Mohd Shakran bin Shamsudin selaku Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Perak, YBhg Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Bin Mohd Zain selaku Naib Canselor UCYP dan akhir sekali Encik Rashid bin Sibir selaku Pengarah Urusan Opera Klasik Sdn Bhd .

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok