Program Pengukuhan SPM & Hala Tuju

KUANTAN, 12 September 2023 - Program Pengukuhan SPM & Hala Tuju Selepas SPM berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 12 -14 September 2023 bertempat di Persada Baroqah Kuantan melibatkan seramai 145 orang peserta terdiri daripada 4 buah sekolah menengah agama di bawah kelolaan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan 7 buah sekolah menengah harian di sekitar Kuantan.

Program ini diuruskan oleh Fakulti Pengurusan dan Informatik (FMI) bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat UnIPSAS dan MUIP dalam membantu pelajar membuat persediaan menduduki peperiksaan SPM oleh guru-guru pakar di samping menggalakkan pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan generasi muda.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok