Sayang Di Sayang Bersama Warga Emas OKU

21 Februari 2020 (TEMERLOH) - Pelajar-pelajar Diploma Kaunseling Islam hari ini menyantuni Warga Emas Kelainan Upaya dalam Program Sayang Di Sayang bertempat di Pusat Jagaan Rumah Sejahtera, Kampung Lebak, Temerloh

Program bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar diploma ini mengendalikan sesi bimbingan individu, sesi bimbingan kelompok, sukaneka dan gotong-royong di pusat jagaan tersebut. Pelajar-pelajar juga dapat membentuk kesedaran tentang kepentingan menyantuni warga emas serta didedahkan dengan langkah-langkah menguruskan warga emas kelainan upaya.

Program turut dihadiri oleh En. Shohaimi Abd Latif (Pengetua Pusat Jagaan), En. Mohd Fikri bin Mohd Mokhtar (Pensyarah Kaunseling Islam) dan dua orang pelajar praktikum.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok