Selamat Datang Auditor SIRIM

29 Jun 2020 (KUANTAN) - KUIPSAS menerima kehadiran Auditor SIRIM pada hari ini bagi menjalankan Sesi Audit Pensijilan Semula MS1900:2014 dan ISO9001:2015. Audit akan dilaksanakan selama dua hari yang merangkumi semua aspek dan bahagian di KUIPSAS.

Pasukan auditor diketuai oleh Cik Hjh. Hanida Ghazali dan dianggotai oleh En. Khalid Saleman, En. Mohd Hisyam Mahadi dan Ustaz Hisham Sabri selaku Pakar Teknikal Syariah.

Dalam ucapannya semasa Mesyuarat Pembukaan Audit, Cik Hjh. Hanida menyatakan penghargaan KUIPSAS kerana kekal menjalin hubungan dengan SIRIM bagi tujuan pensijilan MS dan ISO untuk menyediakan Sistem Pengurusan Kualiti yang berkesan di KUIPSAS.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok