UnIPSAS Tandatangani Mou Dengan KITAB

26 MEI 2022 (GEORGETOWN) - UnIPSAS menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

Majlis pertukaran dokumen perjanjian diadakan bersempena dengan Majlis Perasmian Penang Islamic Digital Library (PIDL) dan al-Hady Centre (AHC) serta Sambutan Jubli KITAB.

MoU yang ditandatangani di antara kedua-dua pihak memberikan tumpuan kepada kerjasama dalam aktiviti-aktiviti akademik, penyelidikan dan program pelajar.

Pertukaran dokumen perjanjian dilaksanakan oleh Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato' Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin bersama Rektor KITAB, YBrs. Prof. Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB. Tuan Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri.

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang- Rasmi

#mou#kerjasama#kitab#penang#unipsas#unipsasbumibarakah

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok