Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIQSAAS Sesi 2025/2026

Kuantan, 15 Julai 2026 – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS) telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNIQSAAS Sesi 2025/2026 sebagai simbolik penyerahan amanah kepada barisan kepimpinan pelajar yang bakal menerajui suara dan kebajikan mahasiswa universiti.

Majlis yang berlangsung dengan penuh tertib itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIQSAAS, yang turut menyampaikan watikah pelantikan kepada setiap ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah dilantik.

Dalam ucapannya, Naib Canselor merakamkan ucapan tahniah kepada semua barisan MPP yang menerima amanah serta berharap mereka dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti, profesionalisme dan semangat kepimpinan berteraskan nilai-nilai Islam.

Beliau turut menegaskan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar merupakan medium penting dalam menyampaikan aspirasi mahasiswa, memperkukuh hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan universiti, di samping menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah, akademik dan kepimpinan mahasiswa.

Majlis ini turut menjadi platform bagi menyuntik semangat kepada barisan kepimpinan baharu agar sentiasa komited merancang dan melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada seluruh warga mahasiswa, selaras dengan aspirasi UNIQSAAS sebagai sebuah universiti Al-Quran yang melahirkan graduan holistik, berilmu, berintegriti dan berakhlak.

UNIQSAAS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2025/2026 dan mendoakan agar barisan kepimpinan yang dilantik mampu melaksanakan amanah dengan cemerlang demi memperkasakan suara mahasiswa serta menyumbang kepada kecemerlangan universiti.

“Bersama Membangun Ummah Berilmu.”

Disediakan oleh:

Jabatan Perhubungan Korporat
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS)
Foto oleh: Muhammad Al-Waqiuddin Bin Mohd Al Ghazali

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok